Ahad, 29 Mei 2016




BISKUT SEMPERIT SUSU


 ASSALAMUALAIKUM semua.. 
   Hari ni cik nak kongsi resepi macam mana nak buat BISKUT SEMPERIT SUSU. tak lama lagi nak puasa. mesti ramai orang nak cari resepi biskut untuk jual semasa puasa nanti kan.. Biskut ni ialah biskut kegemaran saya. Lagi satu biskut ini MUDAH dan RINGKAS. Tidak memerlukan bahan untuk membuat. Biskut nI RANGUP, dan CAIR dimulut. Dan cik akan memberi tips sedikit untuk buat BISKUT SEMPERIT SUSU ni.. tips ni melalui dari pengalaman cik sendiri ketika membuat biskut ni.. 


BAHAN-BAHAN

250 Gram Buttercup .
500 Gram Tepung Jagung 
100 Gram Tepung Kastard 
Setengah Tin Susu Manis
Acuan biskut semperit
Hiasan 



CARA-CARA

1.Pukul buttercup dengan susu manis. tak perlu terlalu lama, sebab kita bukan buat kek. kita cuma buat biskut. kalau biskut, tidak perlu pukul mentega sehingga kembang. Yang paling penting, jangan cuba nak ubah  buttercup jadi margerin biasa,sebab apa?sebab. Margerin ada rasa masin sedikit. jadi tidak sesuai untuk buat semperit susu ni. Ni dari pengalaman cik sendiri.

 2.Masukkan tepung kastard yang di ayak dengan tepung jagung sedikit demi sedikit. 
Kalau guna mixer, masukkan sedikit demi sedikit.Kalau masukkan sekali gus,mandi 
tepung lah jawabnya. bila dah menjadi doh sedikit,tutup mixer anda,yang penting
jangan takut bermain dengan tepung ye.masukkan lebihan tepung tadi dan uli guna tangan.


 3. Bila dah siap,masukkan doh sedikit demi sedikit kedalam acuan untuk buat semperit dan hias ikut kreativiti anda.kalau cik, cik guna hiasan love. Macam dibawah ni.ni ajaran kawan cik. ( boleh jugak guna bunga hidup untuk hias. ajaran sesat). haha.. ni bakar selama 20 minit pada suhu 150' darjah selsius..







Ni biskut yang sudah di siapkan.. Tinggal bakoo jer lagi..

kita bakooo diaaa... nyumm nyummm..



Ni lah hasilnya.. Buruk dirupa.. indah dirasa.. Siap ada love lagi..





       Terima kasih.. mungkin ni sedikit sebanyak dapat membantu anda.. tak lama lagi nak puasa, dan raya.. mesti pakat-pakat nak buat biskut ni kan.. mudah dan ringkas.. minta maaf kalau ada tersilap kata, assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan